Latest News

June 08, 2018

Malakoff Adakan 2 Ceramah Perdana Sempena Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan tahun 1439 Hijrah ini, Malakoff Corporation Berhad (“Malakoff”) telah mengadakan dua Ceramah Perdana untuk warga kerjanya di Kuala Lumpur (KLHQ), bertempat di Malakoff Academy of Excellence (MAX). Ceramah yang berlangsung pada 17 dan 31 Mei 2018 masing-masing disampaikan oleh Pencetus Ummah (“PU”) Yeop dan Ustaz Ebit Lew, dan disertai oleh 120 orang warga kerja Malakoff. 

pu yeop

Program yang dianjurkan ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan di samping mengukuhkan ukhwah antara warga kerja Malakoff.

pu yeop

Bersempena dengan kehadiran 1 Ramadhan yang jatuh pada 17 Mei, PU Yeop mengingatkan para hadirin tentang perkara-perkara yang digalakkan dan dilarang di bulan Ramadhan serta fadhilat berpuasa. Beliau juga memberitahu bahawa kajian saintifik membuktikan bahawa berpuasa berupaya memberi kesan yang baik kepada pengamalnya kerana ia berfungsi merehatkan sistem penghadaman dan menguatkan ketahanan mental seseorang.

pu yeop

Beliau turut mengupas tentang kelebihan dan ganjaran malam Lailatul Qadar yang seharusnya dikejar oleh setiap umat Islam dan mengajak para hadirin bersungguh-sungguh mengejar ganjaran pahala seribu bulan ini. 

ebit lew

Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah yang berasal dari sebuah keluarga Cina yang telah memeluk Islam sejak di bangku sekolah, telah berkongsi pengalamannya mendalami agama Islam dan berdakwah.  

ebit lew

Dalam ceramahnya sempena sambutan Nuzul Quran, beliau menggalakkan para hadirin untuk mendalami ajaran-ajaran di dalam Al Quran untuk memantapkan lagi akidah mereka dan menjadikan Al Quran dan hadis sebagai pedoman hidup. Dalam berdakwah, beliau menyatakan bahawa kita seharusnya menggunakan pendekatan yang penuh kasih sayang agar dapat menarik minat orang ramai terhadap Islam. Beliau juga menyampaikan pengalamannya mengadakan “street dakwah” atau dakwah jalanan yang bertujuan untuk menarik golongan muda dan gelandangan untuk mengenali Islam sebagai asbab hidayah.

ebit lew

Semoga Ceramah Perdana ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan sebagai satu medan ilmu bagi warga kerja Malakoff.

Back to Latest News
Back to Top